
AHMAD KHAIRUL BIN ABDULLAH
Ahmad Khairul bin Abdullah, seorang petani dan agropreneur sejak 2007. Setelah berkecimpung dalam pelbagai bidang perniagaan, beliau sedar bahawa industri pertanian mempunyai peluang yang menyakini memandangkan makanan kita banyak diimport dari luar negara. Oleh itu, beliau bertekad untuk menceburi dalam bidang pertanian dan tidak pernah menyesal dengan keputusan ini.
Khairul dan dua rakan pengasas kami berkongsi minat yang sama untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Khairul segera menderma 50 kilo sayur-sayuran dari kebun beliau untuk disalurkan kepada komuniti yang kita khidmat setelah mendengar kisah Seedlings of Hope kami.
Beliau mempunyai 12 ekar tanah dipenuhi pelbagai jenis sayur termasuklah petola (gambar), timun, peria, tembikai wangi dan bendi di Selangor. Beliau mempunyai lebih daripada 50 pelatih/ pelajar di bawahnya yang dia gemar latih dan kongsi pengalamanya.
Khairul juga sering dijemput oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memberi latihan. Sebagai penasihat Abundant Ventures Sdn Bhd, beliau mengunjungi kebun-kebun komuniti untuk berkongsi petua praktikal yang beliau belajar dari pengalaman bertahun-tahun berkerbun.
Selain itu, beliau juga telah memimpin dan melatih pasukan mudanya untuk membantu menubuhkan fertigasi cili di 3122 Urban Farm kami.